Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Monday 11 January 2016

Jom di GREAT EASTERN

Lain Syarikat, Lain Produknya !!


Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful sejak kebelakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.

Secara umumnya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.
Ya, ada empat sahaja, iaitu;
  1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life – Death and Total Permanent Disability)
  2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
  3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
  4. Perlindungan Kemalangan Diri (Personal Accident)
Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain, seperti pendidikan, persaraan, pelaburan, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita, tetapi memberi impak kewangan yang cukup besar sekiranya ia berlaku
Bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu:
  • Hidup
  • Sihat,

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Suhailas Sudin
013 3422646