Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Thursday 10 December 2015

Langkah kemasukan ke hospital swasta

Saya ingin kongsikan langkah-langkah kemasukan ke hospital swasta jika anda pemilik atau pemegang kad perubatan, waima apapun jenama syarikat insurance anda.



1. Lawat klinik terdekat dahulu jika anak sakit, bergantung kepada syarikat anda bekerja. Ada sesetengah memiliki kad klinik dan sesetengah bayar dan claim dan ada juga bayar sendiri.

2. Jika sakit berlarutan selama 3 hari-4 hari, ulang semula ke klinik tadi dan mohon surat rujukan ke hospital pilihan anda.

3. Siapkan bag pakaian untuk bermalam dan bawa anak ke bahagian emergency hospital pilihan anda tadi, buat pendaftaran dan pastikan medical card, mykid, mykad anda dan credit card/tunai disediakan.


4. Bergantung kepada hospital, jika kad perubatan anda adalah group medical card, selalunya anda akan diadmitkan dahulu dengan deposit antara RM 300-1000.

5. Apabila GL Medical Card Hospital sudah terima, pihak pendaftaran akan memanggil nama anda/no giliran ataupun akan ke bilik wad anak anda.

6. Seterusnya, anak akan dirawat sehingga sembuh.

7. Doktor round sebelah pagi akan decide samada pesakit boleh discaj atau diteruskan rawatan. 

Namun standard swasta, mereka akan tahan lama sikit untuk pastikan pesakit benar-benar 100% cergas.Mengapa? Kerana pesakit membayar bukan tinggal secara percuma seperti hospital GH.

8. Pihak kaunter wad akan sediakan semua dokumen discaj kemudian akan rujuk kepada bahagian discaj untuk final GL dari kad perubatan. Selalunya 3-4jam proses.

9. Apabila semua selesai tanpa konflik, anda akan terima balik deposit atau pihak hospital akan hold dahulu deposit dan akan hubungi anda semula apabila konflik clear. 

Konflik dalan kes ini adalah ada sesetengah caj yang tidak ditanggung oleh pihak insurance. Ia bergantung kepada jenis penyakit. Dari pengalaman saya keatas anak2, paling tinggi saya perlu bayar sendiri adalah 300.00 namun saya tidak ralat kerana 300.00 itu seperti bukan saya yang membayar kerana anak2 saya ada elaun wad sebanyak 400.00 sehari jika diadmit.

Jadi itulah pengalaman dengan medikal kad insurance.

Jika admitted 5 hari maka elaun hospital adalah 
RM2,000.00. 

So segala kos minyak,parking,makan,toilettories,jajan dan belanja minum tetamu seperti dibayar semula oleh syarikat insurance.

Jika tiada?maka semuanya duit poket anda sendiri.

Jika anda ada group medical by syarikat anda sekalipun, anda masih boleh dptkan elaun tersebut dengan syarat anda miliki kad perubatan peribadi. Berbaloi baloi.

Dapat claim, Dapat Rebate Cukai Pendapatan, Dapat Rebate Zakat dan sentiasa rasa lega kerana ada perlindungan.


Jom Takaful...

Life is Great!!!





Suhaila Sudin
Perunding Kewangan Islam Takaful
Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com


No comments:

Post a Comment