Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Wednesday 24 June 2015

Ada Co-Takaful?

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki medical card agak tinggi.
Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card Great Eastern Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful.
Lebih malang lagi, agen takaful tersebut mendakwa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful, Murah jika dibandingkan dengan GE.
Apakah sebenarnya co-takaful?
Co-takaful adalah sharing cost diantara syarikat takaful dan peserta takaful dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful, berbeza dengan Kad Perubatan yang tiada ko-takaful,100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

Untuk peserta TAKAFUL GREAT EASTERN…

Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak

10% dan MAKSIMUM sebanyak RM500.

Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 ,

co-takaful yang perlu dibayar

adalah hanya RM500 dan bukannya RM10,000.


Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?


Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM500 untuk rawatan perubatan.

Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.


Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000.

Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.
Berbanding dengan Great Eastern Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM90,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM900,000. Itu tak best lagi  !!!

Apa yang best lagi iaitu Had Tahunan Medical Card Great Eastern Takaful akan meningkat setiap 3 tahun sebanyak RM9,000 secara percuma (jika tiada penggunaan). Pastinya mengikut kos perubatan semasa.

Pastinya manfaat ini yang saya kagumi,

Had tahunan akan meningkat setiap 3 tahun

10% daripada

had tahunan jika tiada tuntutan.

Kesimpulan 

Bagi saya co-takaful atau tiada co-takaful adalah pilihan pelanggan secara mutlak


Tetapi


Perlu diingat dan difahami bahawa tiada ko-takaful bukannya masuk hospital anda tidak perlu membayar apa-apa….

TETAPI

Yang sebenarnya anda TELAH pon membayarnya UPFRONT atau bayar lebih awal

Sama ada Anda sedar atau tidak sedar

“Nothing Is For Free”


## Great Eastern Takaful telah melancarkan pelan medical card with ZERO co-takaful! Atau dengan kata lainnya, FULL coverage. Tiada lagi co-takaful 10%. Anda boleh menikmati bil rawatan percuma di hospital panel kami di seluruh Malaysia!


Hubungi saya untuk membantu anda mendapatkan medical card personal anda sekarang!



Life is Great!!!



Suhaila Sudin
Perunding Kewangan Islam Takaful
Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

Tuesday 23 June 2015

Takaful:Kita bijak andai...

Fikirkan dulu sebelum anda berkata tidak kepada TAKAFUL...
#jomtakaful
#lifeisgreat
Life is Great!!!

Suhaila Sudin
Perunding Kewangan Islam Takaful
Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

Saturday 20 June 2015

Takaful: i-Great Damai ~ Medical Card

"Biar diri lakukan yang susah hari ini. Kesenangan pasti akan datang esok..."

Sudah kah kita bersedia andainya musibah menimpa..!! 

Dah buat KAD PERUBATAN? 

  • SIMPAN SERENDAH RM 5 SEHARI PERCUMA/BENEFIT
  • RM1 - 2 JUTA SEUMUR HIDUP
  • RM 100 - 400 ELAUN HOSPITAL
  • RM 10 - 50 M. C PERDAY
  • RM 2000 KHAIRAT KEMATIAN
  • RM 3000 PESAKIT LUAR
  • RM 35K - 50K SIMPANAN 
  • FREE INCOME TAX RM 6000 PERYEAR
  • FREE TOWING CAR 

Pentingnya Ada #takaful

Nota : Jarak~Jauh dekat bukan penghalang, saya juga mempunyai client dari Sabah & Sarawak. Hubungi saya SEGERA

Life is Great!!!

Suhaila Sudin
Perunding Kewangan Islam Takaful
Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

Friday 19 June 2015

I-Great Teras - Plan termurah, Lindungi Hutang Piutang anda

i-Great Teras ialah takaful paling asas dengan sumbangan terkecil untuk menyediakan perlindungan  yang memadai kepada diri dan keluarga anda. Plan ini merupakan plan bertempoh di mana anda boleh memilikinya untuk jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang. Ia juga merupakan plan terbaik bagi individu yang mempunyai bajet yang rendah untuk perlindungan.


Ia pelan yang sungguh mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas yang terbaik. Oleh itu mulalah merancang masa hadapan anda dengan mendapatkan perlindungan ini pada kadar caruman serendah RM25 sebulan ataupun RM300 setahun, anda secara dasarnya telah menyediakan perlindungan asas yang hebat!

Manfaat plan ini bagi memudahkan dan membantu melangsaikan hutang serta pembiayaan peribadi, hutang kad kredit dan sebagainya antaranya ialah :

1. Penyelesaian pinjaman bank dan gandai janji
2.Pelan simpanan pendidikan
3.Pelan perlindungan pendapatan
4.Dana rawatan penyakit kritikal
5.Dana pemegang amanah untuk anak-anak kurang upaya (OKU)

Apakah yang i-Great Teras lindungi

1.Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)


I-Great  Teras melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku kematian atau HUPK. Jumlah perlindungan akan dibayar daripada Dana Tabarru serta dengan simpanan yang terkumpul

2.Manfaat Pengurusan Pengebumian

Sekiranya anda meninggal dunia, Great Eastern Takaful Sdn Bhd akan memberikan RM2,000 sebagai sumbangan kepada keluarga anda. Ini membolehkan keluarga anda untuk menampung perbelanjaan pengebumian

3.Perolehan Ganjaran Apabila Sijil Matang

Setelah sijil matang, 100% daripada jumlah keseluruhan dalam akaun simpanan akan dibayar dalam jumlah sekali gus

Pilihan Untuk Perlindungan Tambahan

Ubah suaikan pelan i-Great Teras anda dengan perlindugan tambahan. Sekiranya anda ingin menambahkan perlindungan, anda boleh memilih manfaat tambahan berikut;

1.i-Critical Illness Benefit Term Rider
Sekiranya anda menghidapi satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan bagi manfaat ini akan dibayar

2.i-Contributor Benefit Plus Term Rider
Semua caruman yang perlu dibayar pada masa hadapan sehingga tamat tempoh perlindungan akan dibayar kepada dana tabarru sekiranya pencarum (pembayar) meninggal dunia atau mengalami HUPK atau menghidap mana-mana  penyakit kritikal

Wednesday 17 June 2015

Ringkasan Plan Takaful Great Eastern


Salam Ramadhan, 1st puasa,  bertemu kembali bulan penuh rahmat, tidak ada bulan yang Allah melimpahkan rahmat sedemikian besar dan jauh melebihi bulan-bulan lain kecuali Ramadhan. Jom jangan bermalas walaupon kita berpuasa.
Ramai yang selalu tanya plan-plan yang Great Eastern Takaful tawarkan. Kalau nak tulis secara lengkap dalam whatsapp mau sehari tak habis-habis terangkan. Oleh it jom tengok ringkasan...
I-great Damai (The Best Product Ever!)
– Pampasan Kematian, Lumpuh, Penyakit Kritikal
– Ada medical card, simpanan, elaun hospital dan khairat kematian
 I-great Iqra (Simpanan Pendidikan)
– Pampasan Kematian, Lumpuh, Penyakit Kritikal
– Ada hadiah kecemerlangan UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM
– Ada medical card, simpanan, elaun hospital dan khairat kematian
I-great Amal (Simpanan Haji/Umrah)
– Pampasan Kematian, Lumpuh, Penyakit Kritikal
– Ada badal haji, duit korban, wang saku untuk haji/umrah dan khairat kematian
 I-great Teras (Plan Asas – Murah!)
– Pampasan Kematian, Lumpuh, Penyakit Kritikal
– Ada simpanan dan khairat kematian
*AWESOME kan...Banyak lagi faedah-faedah plan takaful diatas. Nama pun secara ringkas..Nak tau banyak lagi calling-calling or watsapp jeee !!
Life is Great!!!

suhaila Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

Wednesday 10 June 2015

Takaful: Konsep Hutang

Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil GREAT EASTERN takaful boleh la hubungi di no ini: 013 3422646. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. 

Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini. Itu yang paling penting.


Sunday 7 June 2015



Life is Great!!!

suhaila Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

Friday 5 June 2015

GE Takaful : Perlunya TAKAFUL dalam kehidupan kita sekarang

Takaful adalah jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan di atas. Kami di takaful akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan sekirnya anda mengalami masalah yang di nyatakan. Walaupun tidaklah terlalu besar tapi sekurang-kurangnya dapat membantu anda di kala mengalami kesulitan di dalam kewangan.


1. Melindungi Pendapatan Keluarga Anda.
Anda memerlukan wang untuk belanja harian dan keperluan, untuk memiliki barang impian, persekolahan anak dan sebagainya. Oleh itu anda berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih. Wang simpanan tidak banyak kerana telah digunakan untuk perkahwinan, beli perabot rumah dan tambahan pula wang baru digunakan untuk rawatan ayah di Institut Jantung Negara. 

Walaupun isteri bekerja namun duit gaji hanya mencukupi untuk belanja harian sahaja. Lebih teruk lagi jika anda meninggalkan dunia ini dengan lebih awal. Isteri anda akan menanggung segala pinjaman, perbelanjaan dan menyara anak sendirian. 

Kerisauan ini mungkin terlerai jika anda mempunyai perlindungan takaful berjumlah RM100,000 dan kad perubatan yang mempunyai had sebanyak 1/2 juta dimana ia akan diwariskan kepada isteri dan anak jika berlaku musibah seperti kematian mengejut atau hilang upaya kekal akibat kemalangan dan sebab-sebab lain.

2. Mendisiplinkan diri untuk menabung.
Menabung adalah satu disiplin yang amat penting dan memerlukan konsistensi. Dengan menggunakan cara pembayaran bulanan auto debit ia dapat mendisiplinkan diri untuk menabung. 

Dengan Great Eastern-Takaful ia bukan sekadar melindungi malah menabung untuk anda. 

Ia amat berguna bila anda sudah bersara kelak, wang tambahan apabila anda bersara kelak.

3. Kos Rawatan Ditanggung Oleh Great Eastern-Takaful
MEDICAL CARD GE TIADA GST !!
Kos pembedahan dan penyakit seperti kanser, sakit buah pinggang dan batu karang sekurang-kurangnya memerlukan 20,000 dan untuk bypass arteri mencecah RM90,000 untuk sekali rawatan bergantung kepada tahap kritikal penyakit tersebut. 

Ini tidak termasuk rawatan susulan dan lain-lain. Sudah tentu anda tidak mampu untuk membayar kos rawatan tersebut. Ini akan mengakibatkan penyakit semakin merebak dan menjadi lebih kritikal menyebabkan anda menderita lebih lama. 

Sekalipun anda mampu untuk membayar kos rawatan tersebut, ini akan mengurangkan simpanan persaraan anda. 

Dengan kad perubatan, perbelanjaan dan kos rawatan dibayar oleh syarikat kami dan tabungan anda tetap meningkat walaupun anda banyak membuat tuntutan untuk rawatan hospital.

4. Pendapatan Tahunan Jika Mengalami Penyakit Kritikal.
Apa akan berlaku sekiranya anda mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya akibat kemalangan. Majikan anda akan memberi notis berhenti kerja dan anda hilang punca pendapatan. Akibatnya, wang simpanan terpaksa digunakan sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan habis. 

Dengan Great Eastern-Takaful, anda akan memperolehi bayaran penyakit kritikal sekaligus, elaun penyakit kritikal, kos rawatan dibayar oleh Great Eastern-Takafu

Premium Takaful tidak perlu dibayar lagi dan tabungan akan tetap berterusan sehingga anda berumur 80 tahun.

5. Premium Bulanan Percuma
Jika pemegang polisi mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, premium akan dibayar oleh Great Eastern-Takafu dan tidak perlu dibayar oleh pemegang polisi lagi. 

Begitu juga jika pembayar bapa / ibu mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, Great Eastern-Takafu akan membayar premium bulanan dan pemegang polisi tidak perlu membayar lagi. 

Segala manafaat terus kekal sehingga kanak-kanak tersebut berumur 25tahun. Simpanan juga akan berterusan sehingga mencapai 25tahun.


kerana TAKAFUL terbukti:


1. menyelamatkan umat islam drp jatuh papa kedana

2. menjadikan umat islam lebih selesa hidupnya mampu dapat rawatan di hospital swasta walaupun pendapatan tak seberapa


3. manjadikan umat islam lebih kuat menyimpan dan kewangan lebih terjamin


4. mamberi peluang pekerjaan dan malhirkan ramai usahawan ISLAM yang kaya, berjaya dan berkhlak mulia


5. ekonomi yang berteraskan 100% shariaah tanpa ada unsur RIBA, JUDI Dan Gharar..


6. Sokonglah EKONOMi ISLAM..jihad bisnes..


Untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu
  • masa muda sebelum masa tua
  • sihat sebelum sakit
  • masa berharta sebelum masa miskin,
  • lapang sebelum sibuk
  • masa hidup sebelum mati

Life is Great!!!

suhaila Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com