Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Friday 19 June 2015

I-Great Teras - Plan termurah, Lindungi Hutang Piutang anda

i-Great Teras ialah takaful paling asas dengan sumbangan terkecil untuk menyediakan perlindungan  yang memadai kepada diri dan keluarga anda. Plan ini merupakan plan bertempoh di mana anda boleh memilikinya untuk jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang. Ia juga merupakan plan terbaik bagi individu yang mempunyai bajet yang rendah untuk perlindungan.


Ia pelan yang sungguh mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindungan asas yang terbaik. Oleh itu mulalah merancang masa hadapan anda dengan mendapatkan perlindungan ini pada kadar caruman serendah RM25 sebulan ataupun RM300 setahun, anda secara dasarnya telah menyediakan perlindungan asas yang hebat!

Manfaat plan ini bagi memudahkan dan membantu melangsaikan hutang serta pembiayaan peribadi, hutang kad kredit dan sebagainya antaranya ialah :

1. Penyelesaian pinjaman bank dan gandai janji
2.Pelan simpanan pendidikan
3.Pelan perlindungan pendapatan
4.Dana rawatan penyakit kritikal
5.Dana pemegang amanah untuk anak-anak kurang upaya (OKU)

Apakah yang i-Great Teras lindungi

1.Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)


I-Great  Teras melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku kematian atau HUPK. Jumlah perlindungan akan dibayar daripada Dana Tabarru serta dengan simpanan yang terkumpul

2.Manfaat Pengurusan Pengebumian

Sekiranya anda meninggal dunia, Great Eastern Takaful Sdn Bhd akan memberikan RM2,000 sebagai sumbangan kepada keluarga anda. Ini membolehkan keluarga anda untuk menampung perbelanjaan pengebumian

3.Perolehan Ganjaran Apabila Sijil Matang

Setelah sijil matang, 100% daripada jumlah keseluruhan dalam akaun simpanan akan dibayar dalam jumlah sekali gus

Pilihan Untuk Perlindungan Tambahan

Ubah suaikan pelan i-Great Teras anda dengan perlindugan tambahan. Sekiranya anda ingin menambahkan perlindungan, anda boleh memilih manfaat tambahan berikut;

1.i-Critical Illness Benefit Term Rider
Sekiranya anda menghidapi satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan bagi manfaat ini akan dibayar

2.i-Contributor Benefit Plus Term Rider
Semua caruman yang perlu dibayar pada masa hadapan sehingga tamat tempoh perlindungan akan dibayar kepada dana tabarru sekiranya pencarum (pembayar) meninggal dunia atau mengalami HUPK atau menghidap mana-mana  penyakit kritikal

No comments:

Post a Comment