Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Friday 5 June 2015

GE Takaful : Perlunya TAKAFUL dalam kehidupan kita sekarang

Takaful adalah jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan di atas. Kami di takaful akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan sekirnya anda mengalami masalah yang di nyatakan. Walaupun tidaklah terlalu besar tapi sekurang-kurangnya dapat membantu anda di kala mengalami kesulitan di dalam kewangan.


1. Melindungi Pendapatan Keluarga Anda.
Anda memerlukan wang untuk belanja harian dan keperluan, untuk memiliki barang impian, persekolahan anak dan sebagainya. Oleh itu anda berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih. Wang simpanan tidak banyak kerana telah digunakan untuk perkahwinan, beli perabot rumah dan tambahan pula wang baru digunakan untuk rawatan ayah di Institut Jantung Negara. 

Walaupun isteri bekerja namun duit gaji hanya mencukupi untuk belanja harian sahaja. Lebih teruk lagi jika anda meninggalkan dunia ini dengan lebih awal. Isteri anda akan menanggung segala pinjaman, perbelanjaan dan menyara anak sendirian. 

Kerisauan ini mungkin terlerai jika anda mempunyai perlindungan takaful berjumlah RM100,000 dan kad perubatan yang mempunyai had sebanyak 1/2 juta dimana ia akan diwariskan kepada isteri dan anak jika berlaku musibah seperti kematian mengejut atau hilang upaya kekal akibat kemalangan dan sebab-sebab lain.

2. Mendisiplinkan diri untuk menabung.
Menabung adalah satu disiplin yang amat penting dan memerlukan konsistensi. Dengan menggunakan cara pembayaran bulanan auto debit ia dapat mendisiplinkan diri untuk menabung. 

Dengan Great Eastern-Takaful ia bukan sekadar melindungi malah menabung untuk anda. 

Ia amat berguna bila anda sudah bersara kelak, wang tambahan apabila anda bersara kelak.

3. Kos Rawatan Ditanggung Oleh Great Eastern-Takaful
MEDICAL CARD GE TIADA GST !!
Kos pembedahan dan penyakit seperti kanser, sakit buah pinggang dan batu karang sekurang-kurangnya memerlukan 20,000 dan untuk bypass arteri mencecah RM90,000 untuk sekali rawatan bergantung kepada tahap kritikal penyakit tersebut. 

Ini tidak termasuk rawatan susulan dan lain-lain. Sudah tentu anda tidak mampu untuk membayar kos rawatan tersebut. Ini akan mengakibatkan penyakit semakin merebak dan menjadi lebih kritikal menyebabkan anda menderita lebih lama. 

Sekalipun anda mampu untuk membayar kos rawatan tersebut, ini akan mengurangkan simpanan persaraan anda. 

Dengan kad perubatan, perbelanjaan dan kos rawatan dibayar oleh syarikat kami dan tabungan anda tetap meningkat walaupun anda banyak membuat tuntutan untuk rawatan hospital.

4. Pendapatan Tahunan Jika Mengalami Penyakit Kritikal.
Apa akan berlaku sekiranya anda mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya akibat kemalangan. Majikan anda akan memberi notis berhenti kerja dan anda hilang punca pendapatan. Akibatnya, wang simpanan terpaksa digunakan sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan habis. 

Dengan Great Eastern-Takaful, anda akan memperolehi bayaran penyakit kritikal sekaligus, elaun penyakit kritikal, kos rawatan dibayar oleh Great Eastern-Takafu

Premium Takaful tidak perlu dibayar lagi dan tabungan akan tetap berterusan sehingga anda berumur 80 tahun.

5. Premium Bulanan Percuma
Jika pemegang polisi mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, premium akan dibayar oleh Great Eastern-Takafu dan tidak perlu dibayar oleh pemegang polisi lagi. 

Begitu juga jika pembayar bapa / ibu mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, Great Eastern-Takafu akan membayar premium bulanan dan pemegang polisi tidak perlu membayar lagi. 

Segala manafaat terus kekal sehingga kanak-kanak tersebut berumur 25tahun. Simpanan juga akan berterusan sehingga mencapai 25tahun.


kerana TAKAFUL terbukti:


1. menyelamatkan umat islam drp jatuh papa kedana

2. menjadikan umat islam lebih selesa hidupnya mampu dapat rawatan di hospital swasta walaupun pendapatan tak seberapa


3. manjadikan umat islam lebih kuat menyimpan dan kewangan lebih terjamin


4. mamberi peluang pekerjaan dan malhirkan ramai usahawan ISLAM yang kaya, berjaya dan berkhlak mulia


5. ekonomi yang berteraskan 100% shariaah tanpa ada unsur RIBA, JUDI Dan Gharar..


6. Sokonglah EKONOMi ISLAM..jihad bisnes..


Untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu
  • masa muda sebelum masa tua
  • sihat sebelum sakit
  • masa berharta sebelum masa miskin,
  • lapang sebelum sibuk
  • masa hidup sebelum mati

Life is Great!!!

suhaila Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

No comments:

Post a Comment