Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Wednesday 24 June 2015

Ada Co-Takaful?

Alhamdulillah, kesedaran orang Islam tentang kepentingan memiliki medical card agak tinggi.
Apabila berjumpa dengan prospek Medical Card, ramai yang membandingkan pakej medical card Great Eastern Takaful dengan Takaful provider lain yang tidak mempunyai co-takaful.
Lebih malang lagi, agen takaful tersebut mendakwa produk Medical Card mereka adalah yang terbaik kerana tidak mempunyai co-takaful, Murah jika dibandingkan dengan GE.
Apakah sebenarnya co-takaful?
Co-takaful adalah sharing cost diantara syarikat takaful dan peserta takaful dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful, berbeza dengan Kad Perubatan yang tiada ko-takaful,100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful.

Untuk peserta TAKAFUL GREAT EASTERN…

Co- Takaful yang dikenakan adalah sebanyak

10% dan MAKSIMUM sebanyak RM500.

Sekiranya bil hospital anda sebanyak RM100,000 ,

co-takaful yang perlu dibayar

adalah hanya RM500 dan bukannya RM10,000.


Adakah dengan mengenakan Co-Takaful akan membebankan peserta takaful?


Dari pandangan mata kasar, memang ianya tampak membebankan, sebab peserta terpaksa membayar kos sehingga 10% atau Maksimum RM500 untuk rawatan perubatan.

Namun begitu, kita perlu tengok apa kelebihan lain yang ditawarkan oleh syarikat Takaful yang mempunyai co-takaful berbanding dengan syarikat yang tiada co-takaful.


Sebagai contoh, pelan Takaful M, tidak mempunyai co-takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM50,000 manakala Had Seumur Hidup adalah RM150,000.

Bayangkan kos rawatan anda pada tahun tersebut adalah RM70,000, anda terpaksa top-up RM20k dek kerana pada awalnya ingin berjimat kerana tidak ingin membayar co-takaful.
Berbanding dengan Great Eastern Takaful, walaupun mengenakan Co-Takaful, untuk pelan Room and Board 150, had tahunan keseluruhan adalah RM90,000 dan Had Seumur Hidup adalah RM900,000. Itu tak best lagi  !!!

Apa yang best lagi iaitu Had Tahunan Medical Card Great Eastern Takaful akan meningkat setiap 3 tahun sebanyak RM9,000 secara percuma (jika tiada penggunaan). Pastinya mengikut kos perubatan semasa.

Pastinya manfaat ini yang saya kagumi,

Had tahunan akan meningkat setiap 3 tahun

10% daripada

had tahunan jika tiada tuntutan.

Kesimpulan 

Bagi saya co-takaful atau tiada co-takaful adalah pilihan pelanggan secara mutlak


Tetapi


Perlu diingat dan difahami bahawa tiada ko-takaful bukannya masuk hospital anda tidak perlu membayar apa-apa….

TETAPI

Yang sebenarnya anda TELAH pon membayarnya UPFRONT atau bayar lebih awal

Sama ada Anda sedar atau tidak sedar

“Nothing Is For Free”


## Great Eastern Takaful telah melancarkan pelan medical card with ZERO co-takaful! Atau dengan kata lainnya, FULL coverage. Tiada lagi co-takaful 10%. Anda boleh menikmati bil rawatan percuma di hospital panel kami di seluruh Malaysia!


Hubungi saya untuk membantu anda mendapatkan medical card personal anda sekarang!



Life is Great!!!



Suhaila Sudin
Perunding Kewangan Islam Takaful
Great Eastern Takaful
0133422646 (available on whatsapp)
suhailas.getakaful@gmail.com

No comments:

Post a Comment