Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. merupakan Pengendali Takaful yang menyediakan Perlindungan Takaful Keluarga, perubatan dan pelan pelaburan. Pengendali Takaful ini telah ditubuhkan pada Disember 2010 dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ianya disokong oleh 2 institusi utama di Malaysia, Kumpulan Great Eastern, yang merupakan kumpulan insurans terbesar dan tertua di Malaysia dengan pengalaman melebihi 100 tahun, dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, salah satu syarikat koperasi yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 140,000 ahli.
Kini Great Eastern Takaful menawarkan lima kategori produk iaitu pelan perlindungan asas/teras (i-Great Teras), pelan perlindungan haji (i-Great Amal), pelan pendidikan anak-anak (i-Great Iqra’), pelan perlindungan perubatan (i-Medik Rider dan i-Medik Rider Plus) dan plan pelaburan (i-EPCC, i-Great Abadi, i-Great Damai dan i-Great Idaman).
Selain perlindungan jaminan kewangan dan simpanan, melalui pelan perlindungan ataupun pelan pelaburan ini, peserta turut akan menerima manafaat lain seperti wang khairat kematian dan badal haji yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful bernilai RM 3,000 bagi muslim manakala bagi bukan muslim, peserta juga akan menerima wang khairat kematian beserta wang tambahan RM 3,000 iaitu sebagai ganti/pilihan badal haji berbanding dengan muslim.

Wednesday 29 April 2015

i-Great Amal (Haji dan Umrah) - Badal Haji dengan 11 tabung PELENGKAP

i-Great Amal merupakan satu produk khas daripada Great Eastern Takaful yang direka khusus untuk umat Islam. i-Great Amal boleh digunakan dalam pelbagai cara, sebagai simpanan, sebagai persediaan, sebagai perlindungan dan lain-lain lagi ikut kreativiti masing-masing. Tetapi, saya lebih gemar sekiranya i-Great Amal ini dijadikan sebagai PELENGKAP.
Pelengkap kepada simpanan Haji kita. Kenapa pulak pelengkap? Sebab i-Great Amal boleh melengkapkan simpanan Haji kita yang sedia ada. Katakanlah kita membuat simpanan Haji di Tabung Haji sebanyak RM100 sebulan. Selepas setahun, kita akan mempunyai simpanan di Tabung Haji sebanyak RM1,200 berserta dividen yang diisytihar. Itulah nilai yang kita miliki buat masa itu.
Dalam i-Great Amal, dengan caruman serendah RM50 sebulan, kita sebenarnya memiliki simpanan, perlindungan dan persediaan. Selepas 5 tahun mencarum pula kita layak mendapat wang saku bernilai RM800 untuk digunakan ketika menunaikan Haji/Umrah. Selepas 10 tahun pula kita layak dapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Selain itu kita juga mempunyai dua kali ganda perlindungan jika meninggal ketika menunaikan Haji/Umrah.
Mari saya jelaskan satu per satu semoga lebih faham. Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum selama 40 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam i-Great Amal 


MANFAAT BERGANDA KETIKA MENGERJAKAN HAJI ATAU `UMRAH
  • Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal sewaktu mengerjalan haji atau `umrah, jumlah perlindungan asas akan dibayar sebanyak dua (2) kali ganda kepada anda (atau waris).
KHAIRAT KEMATIAN
  • Khairat kematian sebanyak RM2000
WANG TUNAI KETIKA MENGERJAKAN HAJI/`UMRAH
  • RM800 akan diberi untuk perbelanjaan anda mengerjakan haji (1x) dan `Umrah (1x) sepanjang tempoh sijil.
  • Jika tiada sebarang tuntutan sepanjang tempoh sijil, RM2000 akan diberikan kepada anda setelah tamat tempoh sijil.
BADAL HAJI
  • Jika ditaqdirkan anda mengalami hilang upaya kekal, atau berlaku kematian, Great Eastern Takaful akan melantik pihak yang bertauliah untuk mengerjakan haji bagi pihak anda.
QURBAN
  • Selepas tahun ke-10, Great Eastern Takaful akan melakukan Qurban bagi pihak anda.
  • ATAU, RM500 tunai untuk anda mengerjakan `ibadah Qurban.
Lain-lain
  • Kesemua sumbangan bulanan akan anda terima kembali setelah tempoh matang.
  • Nikmati pelepasan cukai.
.
KESEMUA INI BERMULA HANYA DARI RM50 SEBULAN. *mengikut umur?
*tertakluk pada terma dan syarat.
 i-Great Amal bukanlah pelan untuk mengantikan simpanan tabung haji anda tetapi ia merupakan pelengkap kepada akaun tabung haji anda yang mana ia menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

No comments:

Post a Comment